Jumaat, 29 Jun 2018

Persatuan peniaga, penjaja bantah penutupan Bazar Masjid India

YugashiniLoghamani
Temubual bersama Ketua Kawasan PPPBWPKL Cawangan Masjid India, Mek Zainab Man, 52 mengenai penutupan tapak bazaar Ramadan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 JUN 2018
Temubual bersama Ketua Kawasan PPPBWPKL Cawangan Masjid India, Mek Zainab Man, 52 mengenai penutupan tapak bazaar Ramadan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM
 

KUALA LUMPUR – Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) membantah penutupan Bazar Masjid India, di sini berikutan banyak masalah timbul yang tidak dapat diselesaikan.

Ketua PPPBWKL Cawangan Masjid India, Mek Zainab Man yang menganggap tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu sebagai tidak wajar berkata, ia akan menjejaskan periuk nasi para peniaga.

Menurutnya, peniaga hanya mendapat reseki tambahan dalam bulan Ramadan, maka pengumuman itu mengejutkan mereka serta orang ramai yang sentiasa mengunjungi tempat tersebut.

“Malah para peniaga di situ memiliki lesen yang sah dengan membayar deposit sebanyak RM1,000 kepada DBKL bagi penetapan lot,” katanya pada sidang media.

Pengumuman yang dibuat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz kelmarin itu menyaksikan tidak akan ada lagi bazar untuk sebarang perayaan selepas ini

Selain itu, penutupan itu dilakukan kerana banyak aduan yang timbul di kawasan berkenaan termasuk isu sampah-sarap dan halangan-halangan sehingga mengakibatkan kesesakan trafik.

Mek Zainab yang mengakui bazar tersebut menghadapi masalah kebersihan berkata: “DBKL seharusnya memberi cara penyelesaian masalah bukan penutupan,”. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.