Pengguna media sosial berkata pilihan tersebut harus dihormati Yang Di-Pertuan Agong, yang dilaporkan meminta calon lain untuk mengantikan tempat Mohamed Apandi Ali.
“Pilihan kerajaan harus dihormati… Raja-raja harus mengatasi politik,” tulis Anizam Ahmed di Facebook.
Pengguna lain membangkitkan kredibiliti Thomas yang disifatkan sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
“Orang terbaik untuk tugas tersebut! Raja-raja harus mengikut nasihat perdana menteri yang dilantik. Tidak harus ada halangan daripada Raja-raja,” kata Terence Yeoh.
Chan Tsu Chong menulis di Twitter yang Tommy adalah calon peguam negara terbaik memandangkan kepakaran, kemahiran dan pendekatan progresif beliau dalam bidang perundangan.
Mereka mengulas laporan The Malaysian Insight yang PH menulis kepada Yang di-Pertuan Agong memohon perkenan memecat Apandi dan digantikan dengan Thomas, yang merupakan pilihan kerajaan PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.