Jumaat, 1 Jun 2018

Pemeriksaan SPRM diibu pejabat PUNB tiada kaitan dengan 1MDB

MALAYSIAKINI

   
Pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pagi semalam tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Tanpa mendedahkan kes yang disiasat di pejabat PUNB, beliau berkata ia hanyalah penyiasatan biasa yang dibuat SPRM.

"Kami hanya membuat pemeriksaan siasatan serta mengambil beberapa dokumen dan pemeriksaan ini tiada kaitan dengan 1MDB,'’ katanya ketika dihubungi Bernama.

Tinjauan Bernama di pejabat PUNB, mendapati seramai lapan orang pegawai dan anggota SPRM melakukan siasatan di Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan di tingkat 12 dan 13, Plaza Sentral di sini, yang bermula pada 10.30 pagi semalam.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.