KOTA BHARU:
Seramai 1,000 penduduk miskin yang tinggal di kawasan dalam pentadbiran
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima
sumbangan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, sumbangan itu
membabitkan peruntukan sebanyak RM150,000.
Katanya, mereka terdiri daripada
anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang kurang upaya.
(Foto: Dr Izani Husin menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.)
“Selain wang tunai sebanyak RM120 mereka
juga diberi sumbangan barangan keperluan harian. Program ini dianjurkan
setiap tahun bagi membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya pada
program itu di Madinah Ramadan.
Sumbangan berkenaan ditaja anak-anak
syarikat kerajaan negeri termasuk Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin),
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbandanan
Menteri Besar Kelantan (PMBK). - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.