Selasa, 1 Mei 2018

PRU14: permulaan buruk bagi Pakatan Harapan – Kit Siang

MALAYSIA GAZETTE

Penasihat DAP L im Kit Siang hari ini mengakui Pakatan Harapan (PH) mengalami permulaan yang buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila gagal bertanding di enam kerusi pada hari penamaan calon Sabtu lepas.
Penasihat DAP L im Kit Siang hari ini mengakui Pakatan Harapan (PH) mengalami permulaan yang buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila gagal bertanding di enam kerusi pada hari penamaan calon Sabtu lepas.
 

TEMERLOH- Penasihat DAP L im Kit Siang hari ini mengakui Pakatan Harapan (PH) mengalami permulaan yang buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila gagal bertanding di enam kerusi pada hari penamaan calon Sabtu lepas.

Beliau berkata pakatan pembangkang tidak berpeluang bertanding satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi ia akan berusaha mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita mahu menang 120 kerusi Parlimen bagi menukar kerajaan… tapi kini sudah kalah satu kerusi. Kita bermula dengan buruk.

“Kita masih ada 119 kerusi dan apa yang penting adalah lawan tetap lawan,” katanya pada majlis Lim Kit Siang Jelajah Pahang di Mentakab di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan enam wakil PH, yang bertanding menggunakan logo PKR, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu kerana didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2013.

PH juga tidak dapat bertanding di lima kerusi DUN iaitu Rantau, Tawang, Bukit Pasir, Penaga dan Kuala Balah kerana calon-calon berkenaan hilang kelayakan atas alasan muflis dan gagal menunjukkan pas untuk memasuki kawasan penamaan calon.

Sehubungan itu, Lim menggesa para pemilih supaya menunaikan kewajipan dengan mengundi pada 9 Mei ini.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.