BAGAN DATUK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti jenis
senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek
dalam kes pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin, Dr Fadi M R
Albatsh di ibu negara bulan lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis
juga telah mengenal pasti penyewa sebenar motosikal berkuasa tinggi
jenis Kawasaki Versys yang digunakan oleh suspek serta inap desa yang
disewa oleh mereka.
"Cuma, kita masih belum menerima laporan terperinci mengenai perkara
tersebut, namun sudah memperoleh beberapa bukti baharu antaranya jenis
senjata dan kelongsong peluru yang digunakan oleh suspek.
"Saya berharap pihak Jabatan Siasatan Jenayah meneruskan siasatan dan
dapat menjejaki kedua-dua suspek utama dalam kes berkenaan,” katanya.
Pada 21 April lalu, Fadi, 35, ditembak mati di luar kondominium Idaman
Puteri di Setapak, semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk
mengimami solat Subuh, kira-kira pukul 6 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.