Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
SHAH ALAM: PAS membidas sebagai sombong dan angkuh kenyataan Timbalan
Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang menyifatkan parti politik selain
BN dan PH sebagai “pengacau undi” pada musim PRU14 ini.
Walaupun tidak menyatakan secara jelas, dalam ceramahnya semalam,
Menteri Besar Selangor itu ternyata merujuk kepada PAS kerana parti itu
tidak mampu mewujudkan kerajaan sekalipun memenangi beberapa kerusi
parlimen pada PRU14.
"Ini adalah satu kenyataan yang angkuh dan sombong sekiranya datang
daripada beliau. Tunggu sehingga pilihanraya. Katanya menghormati
pilihan rakyat,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, hari
ini.
"Bagaimana dia boleh menentukan sesuatu keputusan menang atau kalah
sedangkan pilihanraya masih lagi (belum berlangsung) dan akan berlaku
pada beberapa hari lagi," ujarnya.
Sallehen berpendapat kenyataan yang dibuat oleh Azmin Ali menggambarkan
ketakutan dan kebimbingan serta tidak yakin dengan kekuatan jentera
Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.
Menurutnya, sekiranya Azmin tidak yakin akan menang pada pilihan raya
kali ini, beliau tidak perlu meletakkan liabiliti kepada parti lain
kerana ia menggambarkan pakatan itu tidak mampu membentuk kerajaan.
"Sebenarnya bagi saya, apa yang lahir daripada Azmin ini menggambarkan ketakutan dan kebimbangan.
"Kalau kenyataan ini keluar dan dia rasa terganggu, makanya ini
menunjukkan tidak ada satu kekuatan jentera kerana dia tidak yakin
Pakatan Harapan akan menang apatah lagi membentuk kerajaan.
"Jadi, akhirnya jika dia tidak yakin boleh bentuk kerajaan maka dia meletakkan liabiliti itu pada parti lain," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.