Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik berkata penyebaran berita palsu
terus berleluasa pada musim PRU14 ini walaupun sudah ada undang-undang
berkuasa bertujuan untuk mengawal masalah ini.
"Sekarang kita dah ada akta, jadi apabila akta ini dikuatkuasakan maka
perkara ini dapat disangkal," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia
(UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
"Jadi saya rasa, kerajaan perlu bertindak tegas bagi mengawal berita sebegini terus berlarutan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak melalui Twitter membidas parti pembangkang berkempen
melalui fitnah dan berita palsu untuk meraih undi pada PRU14, semalam.
Kamarul Zaman berkata, beliau terkejut masih ada lagi berlaku berita
tidak benar disebarkan walaupun Rang Undang-Undang (RUU) Anti-berita
Tidak Benar telah diluluskan.
"Saya terkejut jugalah apabila benda membabitkan berita tidak benar ini
terus berlaku walaupun kita telah meluluskan akta antiberita tidak
benar di parlimen yang telah pun berkuatkuasa," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.