Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Seorang pensyarah berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang bercakap benar apabila menyatakan tidak pernah mengkafirkan Umno
dalam satu kenyataan semalam.
Sebaliknya, beliau mendakwa, perbuatan itu dilakukan oleh ahli PAS yang sudah keluar parti dan menyertai parti-parti lain.
"Apa yang Hj Abdul Hadi sebutkan itu benar, kerana yang mengkafirkan
Umno ini adalah bekas pemimpin PAS yang telah menyertai parti-parti
lain, mereka ini adalah golongan yang terlalu ekstrem," kata Pensyarah
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
"Ada golongan yang mengkafirkan Umno dalam PAS itu, cuma golongan ini
bukanlah pimpinan utama dalam PAS," kata Kamarul Zaman kepada Antarapos
hari ini.
Sebelum ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr
Mahathir Mohamad telah melabelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan Umno.
Malah beliau juga turut mendakwa Hadi pernah melabelkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kafir apabila mengatakan Umno kafir.
Semalam, dalam ceramahnya di Kuah, Langkawi, Hadi menafikan PAS pernah
mengkafirkan umat Islam lain tetapi sebaliknya mendakwa ia dilakukan
oleh ahli partinya yang melompat menyertai Umno.
"Amanat (Amanat Abdul Hadi, 1981) itu tidak mengkafirkan Umno, beliau
setakat menyebut bahawa mereka yang tercalon dan politik suku ini yang
terkeluar daripada Islam, banyak golongan yang berpandangan begini.
"Tidak secara umum disebut bahawa Umno itu adalah kafir," ujarnya.
Kamarul menambah, tindakan Dr Mahathir ini jelas menunjukkan bahawa
beliau sudah ketandusan isu apabila membangkitkan isu yang sudah hampir
empat dekad berlalu.
Pemimpin kini perlu melihat masa hadapan untuk membentuk suasana politik yang lebih konstruktif dan matang, ujarnya.
"Itu benda-benda sejarah dan lama, sepatutnya pandang ke hadapan sahaja.
"Perkara yang dibangkitkan oleh Tun M sudah tidak relevan dan itu membuktikan beliau sudah ketandusan isu."
"Sedangkan sekarang ini, kita perlu menuju ke arah politik yang lebih konstruktif, objektif dan lebih matang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.