Ahli politik Indonesia berkata gaji menteri di republik itu sekitar RM5,100 sebulan.
“Sebagai satu tindakan berhemah terhadap situasi kewangan negara pasca pemerintahan Najib Razak di Malaysia, langkah Dr Mahathir sangat tepat dan bagus,” kata ahli politik Ace Hasan Syadzily.
Namun langkah itu belum tentu berkesan di Indonesia kerana belum tentu memberi kesan besar terhadap struktur kewangan negaranya.
“Kerana setahu saya, gaji menteri di Indonesia lebih kurang 18 juta rupiah (RM5,100). Jauh lebih rendah berbanding gaji pengarah di Kementerian Badan Usaha Milik Negara atau syarikat perdagangan bertaraf kebangsaan, apatah lagi antarabangsa,” kata ahli parti Golkar itu.
Manakala Alex Indra Lukman dari parti Demokrasi Indonesia pula berkata negaranya tak perlu meniru langkah pemotongan gaji menteri yang diterapkan Malaysia.
“Sebaiknya jangan meniru negara lain,” katanya sambil menyeru rakyat menghargai jasa menteri yang berkhidmat tanpa mengira waktu.
“Banggalah dengan menteri kita dengan hanya gaji 18 juta rupiah sebulan bekerja siang malam untuk memenuhi kehendak rakyat,” katanya.
Dr Mahathir mengumumkan gaji menteri dikurangkan 10% berkuat kuasa serta-merta Rabu lalu.
“Gaji menteri sebenarnya lebih rendah daripada sesetengah penjawat awam berpangkat tinggi,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.