PUTRAJAYA: Kaunter bahagian Kad Pengenalan di ibu pejabat Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dan ibu pejabat JPN negeri di
seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 9 Mei 2018.
Menurut kenyataan JPN hari ini, untuk sebarang pertanyaan lanjut orang
ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-88807077
atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am
tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum
ke-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.