KOTA BAHARU:
Kerusi Parlimen Kota Bharu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru
apabila Bebas turut hadir menyerahkan borang pencalonan.
Calon Bebas, Izzat Bukhari yang tampil setiap pilihan raya diadakan termasuk PRU lepas dan pilihan raya kecil sebelum ini.
Selain itu wakil PSM juga kelihatan yang diketuai Aduka Taruna. Beliau hadir bersama penyokong dan pencadang.
Kebanyakan media dan pemerhati menggambarkan bilangan Pakatan Harapan (PH) paling sedikit berbanding PAS dan Barisan Nasional.
Kumpulan penyokong PH berada di sekitar
bangunan Bazar Tok Guru, kurang 200 orang. Mereka hanya berjalan
beberapa langkah untuk sampai ke tempat penamaan calon.
Kelihatan hadir Pengerusi PAN Kelantan Wan Abdul Wan Abdullah dan Abdul Majid Othman, adik beradik calon PH Bunut Payong.
Manakala penyokong PAS lebih 3,000
orang. Mereka berarak bermula di Medan Ilmu sejauh kira kira 600 meter
ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.
Rombongan PAS membawa bendera besar dan
sepanduk yang tertera gambar calon yang bertanding termasuk Dato’
Takiyuddin Hassan, Dato’ Anuar Tan, Dato Dr Ramli Mamat dan Rohani
Ibrahim.
Pemimpin dan penyokong PAS mengenakan pakaian hijau manakala BN biru tua. Manakala PH tiada tema khusus.
Perarakan calon PAS diiringi dengan bacaan selawat yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Nor Azariza Md Alawi.
Penyokong PAS ditempatkan di sebelah
kiri hadapan Dewan Jubli Perak, manakala BN pula di sebelah kanan
berhadapan Gelanggang Seni.
Seorang wartawan kanan membayangkan perlawanan sebenar di Kora Bharu antara PAS dan BN, memandang PH seperti kehilangan aura.
PH mengentengahkan Husam Musa sebagai
calon parlimen, Dr Hafizah Mustaqim di Dun Tanjung Mas, Tan Sri Abdul
Rashid Ab Rahman di Dun Kota Lama dan Sanusi Othman di Dun Bunut Payong.
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.