Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan pemimpin politik terutama beragama Islam supaya menjaga adab ketika mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kepada perselisihan.
“Sayangnya, daripada kritikan membina kepada kem lawan, sudah ada sampai mengeluarkan kata-kata nista yang tidak melambangkan akhlak seorang Muslim.
“Justeru, mereka perlu bersatu dengan berpegang kepada agama, tidak bertelagah sesama sendiri, menjunjung akhlak dan adab, serta berkata benar dan baik tanya,” tulis beliau di lama sosialnya, pada Ahad.
Sejak awal tahun ini, pemimpin politik di negara ini dilaporkan menyerang satu sama lain menggunakan kata-kata sindiran serta pedas demi kelangsungan politik masing-masing.
Pada masa sama, beliau menuntut golongan itu menjauhi perbuatan melabel serta memberi gelaran tidak baik terhadap pihak lain.
“Jika baik ucapan pemimpin, maka baiklah yang dituturkan penyokong. Jika sebaliknya, itulah ‘modal’ bagi penyokong melemparkan kata-kata nista kepada lawan.
“Ingatlah, boleh jadi orang dihina itu jauh lebih mulia dan baik daripada kita,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.