KUALA LUMPUR: Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr Mazlan Ahmad,
meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di
Kuala Lumpur malam tadi.
Allahyarham berusia 75 tahun yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.
“Allahyarham meninggal dunia di HUKM hari ini,” katanya.
Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohamedsha Mislam menerusi
catatan di laman sosial Facebooknya, berkata Allahyarham menghembuskan
nafas terakhir pada jam 7.30 malam.
“Tan Sri Mazlan Ahmad exKPPA (bekas Ketua Pengarah, JPA) and Datuk Bandar KL passed away at 7.30 pm. HUKM. Alfatehah,” katanya.
Beliau berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pagi ini.
Allahyarham, yang dilahirkan di Perlis, dilantik Datuk Bandar Kuala
Lumpur yang keeempat pada 17 Nov 1992 sehingga 12 Dis 1995 sebelum
dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada 13 Dis 1995 dan memegang
jawatan itu sehingga bersara pada 15 Dis 1998.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.