KUALA LUMPUR: PPBM akan menurunkan calon baru di kawasan pedalaman MIC
di Tapah, Perak untuk menewaskan timbalan menteri selama dua penggal di
situ.
Parti itu akan meletakkan pakar strategi utama parti Rais Hussin, yang
dijangka bertanding menentang Timbalan Menteri Belia dan Sukan M.
Saravanan, lapor TMI.
Tapah menjadi kerusi tradisional MIC. Parti komponen Barisan Nasional
(BN) yang kini mempunyai tiga kerusi Parlimen - Tapah, Hulu Kelang di
Selangor dan Segamat di Johor.
Perkembangan ini berlaku selepas dilaporkan ketua Pemuda PPBM yang
berusia 24 tahun, Syed Saddiq Abdul Rahman akan menentang Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Razali Ibrahim di kerusi
Parlimen Muar.
Tapah mempunyai 45,000 pengundi Melayu dengan jumlah 47%, diikuti oleh
Cina (32%) dan India (20%). Terdapat juga 1% penduduk Orang Asli di
kerusi separa luar bandar.
Saravanan memenangi Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam
pertarungan empat penjuru yang melibatkan PKR, Berjasa dan calon bebas.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC (CWC) itu mengalahkan calon PKR K Vasanta Kumar dengan majoriti 7,927 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.