PKR, DAP dan PAN kononnya lawan Umno. Sehingga
memusuhi PAS kerana katanya PAS berbaik dengan Umno. Mahathir pula
bekerja bertungkus lumus bagi menyelamatkan Umno. Mahathir cuma tidak
suka Najib. Tapi jiwa serta kasih sayang Mahathir kepada Umno tiada
tolok bandingnya.
Tapi
yang hairannya mengapa PKR, DAP dan PAN boleh terima Mahathir? Sehingga
berantakan dalaman parti masing-masing kerana Mahathir. PKR yang sekian
lama menjulang Anwar dan memusuhi Mahathir kerana kononnya menzalimi
Anwar tiba-tiba berpaling tadah. Dijulangnya Mahathir dan disisihnya
Anwar. Politik apa yang mereka sedang amalkan ini?
Bacaan saya ialah kita tunggu dan lihat. Sampai saatnya nanti PKR,
DAP dan PAN akan dikencing oleh Mahathir. Takdirnya Bersatu memperolehi
beberapa kerusi. Manakala Umno pula memperolehi kerusi yang tidak
mencukupi 2/3 diparlimen.
Apakah mustahil bersatu akan kembali kepada Umno dan mencukupkan
kuasa 2/3 mereka di Parlimen? Ketika itu Umno berjaya diselamatkan oleh
Bersatu. Untuk penyatuan itu Mahathir meletakkan syarat Najib hendaklah
diganti dengan sesorang yang Mahathir mahu.
Cita-cita Mahathir tercapai. Najib berjaya diturunkan dan Umno
berjaya diselamatkan. Ketika itu PKR yang sudah pecah dua akan semakin
lemah. Sebahagian mereka ada yang bersama DAP dan sebahagian yang lain
akan pergi kepada Umno. Dan untungnya PAS ialah sebahagian PKR ada yang
akan datang bersama PAS.
PAN yang waktu ini semakin tersisih daripada keluarga PH akan semakin
hilang. Pemimpin PAN juga akan bertebaran mencari dahan untuk berpaut.
PAS yang sudah bersih daripada bakteria perosak terus melangkah dengan tenang dan bergaya melalui lorong-lorong politik yangg matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY
PAS yang sudah bersih daripada bakteria perosak terus melangkah dengan tenang dan bergaya melalui lorong-lorong politik yangg matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.