KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal yang juga suami pelakon Sheila Rusly, Jinggo kesal dengan cara seorang netizen yang mempersoalkan sama ada isterinya dan kru produksi menunaikan solat sepanjang penggambaran Program Ketuk-Ketuk Ramadan.
Jinggo berpendapat, cara tulisan individu berkenaan di Instagram Sheila boleh menimbulkan fitnah dan perspektif negatif masyarakat terhadap mereka.
“Bertanya itu boleh, tapi kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita bertanya orang, komen itu boleh tapi kita kena tahu macam mana nak menulis sebab usaha kira nak mengingatkan orang lain.
“Tapi komen kita pula menfitnah orang lain, niat nak buat pahala, dosa pula yang dapat. Cara awak menulis sudah menghukum, kami kerja kejar masa dan solat wajib kami cari masa.
“Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca. Nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?”, tulisnya di Instgaram.
Jelas Jinggo, JS Pictures iaitu syarikat miliknya dan Sheila tidak mengambil mudah mengenai kewajipan solat biar pun kerja sebagai sebuah produksi perlu mengejar masa.
Katanya, pihak produksi akan menghentikan sementara penggambaran apabila tiba waktu untuk menunaikan solat. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.