Jumaat, 2 Mac 2018
DAP Perlu Pohon Maaf Kepada SPRM – Eric See-To
Tidakkah Kerajaan Pulau Pinang mempunyai sebarang komunikasi langsung dengan SPV Terowong Pulau Pinang lagi sehinggakan terpaksa bertindak melalui media?
Mereka tidak lagi boleh menelefon untuk bertanya kepada syarikat yang mana mereka telah menganugerahkan projek bernilai RM6.34 bilion itu? Atau adakah mereka cuba menjauhkan diri mereka dari SPV walaupun mempertahankan mereka dengan hebat sekali selama bertahun-tahun?
Selama ini, Kerajaan Pulau Pinang mendakwa penyiasatan SPRM adalah penganiayaan politik. Kini terbukti betul bahawa SPRM mempunyai asas dan betul tindakan mereka untuk menyiasat. Saya juga pasti lebih banyak isu akan timbul apabila SPRM menyelesaikan siasatan mereka.
Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang patut meminta maaf kepada SPRM sekarang kerana menyerang mereka dan dengan palsu mendakwa bahawa SPRM secara politik menganiaya DAP.
Walaupun saya percaya anda juga berhutang permohonan maaf kepada kami di BN kerana mengatakan bahawa kami telah mensabotaj projek anda, saya tidak akan pun meminta anda memohon maaf.
Sementara itu, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) telah menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk menamatkan kontraknya dengan Zenith atas dakwaan pembayaran sebanyak RM22 juta.
Pengarah C4, Cynthia Gabriel memberitahu the Sun bahawa kerajaan negeri itu mesti menunjukkan komitmennya menentang dakwaan rasuah dengan menamatkan kontrak dengan Zenith.
Beliau berkata C4 mendapati ianya aneh bahawa negeri itu tidak tahu mengenai transaksi tersebut.
Oleh itu, kerajaan negeri itu mesti bertindak dan menamatkan kontrak dengan Zenith untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai terhadap perkara itu.
“Sekiranya ini tidak dilakukan, maka orang ramai mungkin keliru mengenai perkara itu,” katanya.
http://m.thesundaily.my/news/2018/03/01/we-want-explanation-zenith-guan-eng-updated
Eric See-To
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.