AKHBAR RAKYAT
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memajukan Notis
Pemberitahuan akhir kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung perkembangan tangkapan, siasatan atau dakwaan terhadap suspek
dalam Operasi Banteras Dedak parti itu.
Peguam yang mewakili Bersatu Mohd Haniff Khatri Abdullah menjelaskan,
notis akhir tempoh tujuh hari itu dihantar kerana kegagalan SPRM
memberikan sebarang kenyataan dari masa ke semasa secara rasmi berhubung
operasi dedak pada 5 Februari lalu dan kegagalan melakukan perkara sama
setelah diberi tempoh 48 jam kepada SPRM pada 8 Februari.
Katanya, Notis Akhir yang berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Mac depan
untuk SPRM memberikan maklum balas secara rasmi kepada Bersatu mengenai
sebarang hasil siasatan, dakwaan,reman yang pernah diambil tindakan
terhadap suspek yang dipercayai wanita di dalam kes ini.
“Kami beri tempoh tujuh hari kepada SPRM untuk beri maklum balas kepada pengadu dan orang awam tentang kedudukan kes.
“Jika mereka gagal maka segala tindakan yang dibenarkan di sisi
undang-undang akan diambil oleh pengadu dan/atau PPBM termasuk tidak
terhad kepada salah laku jawatan terhadap semua pegawai dan anggota SPRM
yang terlibat dalam kes ini.
“Saya harap Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Zulkifli Ahmad perlu mengambil serius perkara ini.
“Saya rasa bukan sahaja PPBM bahkan orang awam sudah jemu dengan
omongan kosong isu rasuah oleh pihak berkuasa,” ujarnya dalam sidang
media yang diadakan hari ini di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya
hari ini.
Beliau turut mendedahkan identiti pengadu iaitu ahli biasa seumur
hidup parti yang dilantik sebagai Ketua Penaja Srikandi Perlis
dipercayai telah cuba disuap oleh suspek untuk hadir dalam demontrasi
yang diadakan pada 5 Februari lalu di ibu pejabat Ros di Putrajaya.
“Pengadu diminta hadir pada sidang media di hadapan bangunan RoS.
Jadi apakah pada sidang akhbar diadakan oleh dua individu itu, juga
menerima suapan.
“Katanya, suspek tersebut pernah menjadi ahli PPBM dan memegang
jawatan sebagai penolong setiausaha srikandi pusat tetapi pada 30 Mei
2017 telah meletak jawatannya dan telah digugurkan keahlian pada 14
September 2017.
“Beliau telah hadir bersama untuk demontrasi yang diadakan semalam di hadapan bangunan RoS pula.
“Bagaimana suspek yang ditangkap pada 5 Februari berada bebas
mengadakan demontrasi pada 22 Februari (semalam). SPRM perlu jawab,”
ujarnya.
Mohd Haniff turut mendedahkan agar Ketua Pengarah SPRM perlu
mengambil serius kerana dakwanya, sebahagian suapan telah di masukkan ke
dalam akaun bank dan diserah di tangan suspek.
“Bagaimana kes ini tidak didedahkan. Bagaimana suspek belum dibawa prosiding reman dan bebas dijalanan buat demontrasi semalam.
“Sampai hari ini kita tidak diberitahu apa yang sedang berlaku.
Mohd Haniff berkata pihaknya selaku peguam PPBM berhak mendedahkan
identiti pengadu dan suspek kerana hasil siasatan yang dilakukan oleh
parti sebelum menyerahkan maklumat itu kepada tindakan SPRM.
“Jadi kami berhak dari segi undang-undang mendedahkannya kepada media
dan umum. Jika SPRM berintergiti dedahkan maklumat rasmi mengenai hasil
siasatan kes ini,” terangnya.
Malah kata Mohd Khatri lagi, pihaknya mempunyai satu fakta penting
apabila pengadu melalui perbualan telefon denegan suspen dari masa ke
semasa, pengadu telah bertanyakan siapakah yang memberi duit dan
daripada duit itu diperoleh oleh suspek.
“Pengadu dimaklumkan oleh suspek pihak berkenaan adalah paling baik,
paling, paling, paling, paling rapat dengan Najib…enam kali ‘paling’ ,”
ujarnya.
Turut hadir dalam sidang media itu Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Srikandi Rina Harun dan pengadu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.