Sabtu, 24 Februari 2018

PRU14: MCA letak muka baru di Pulau Pinang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PULAU PINANG: MCA akan meletakkan muka baru bagi bertanding di empat kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya telah menyerahkan senarai calon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kini hanya menunggu pengumuman yang akan dibuat.
 
“Kita telah serahkan senarai calon kepada Perdana Menteri yang akan buat keputusan untuk bertanding di empat kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN.
 
“Apa yang pasti kita akan letakkan calon muka baharu serta orang muda untuk mewakili MCA,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA Pulau Pinang di sini hari ini.
 
Tambahnya, rakyat Pulau Pinang juga harus memikirkan masa depan selepas 10 tahun di bawah pemerintahan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.