BINTULU: Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori tanah yang dipandunya di Simpang Bakun-Bintulu di sini.
Dalam kejadian jam 1.35 pagi, mangsa Phang Chang Phiaw, 67, tercampak
keluar menerusi cermin hadapan selepas kenderaan dipandunya dari arah
Bintulu ke Miri melanggar bahagian hadapan lori membawa muatan tar
bitumen yang diletakkan di tepi jalan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa terjatuh atas jalan, kemudian
tersepit di bawah kenderaannya.
Beliau berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju
dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan, jam 1.41 pagi.
"Setibanya di lokasi, anggota mendapati mangsa tersepit di bawah lori
dan mereka menggunakan peralatan 'air lifting beg' dan 'rescue tool'
bagi mengeluar mangsa," katanya.
Ling Hii berkata, ketika kejadian lori yang dipandu mangsa kosong,
manakala lori yang diletakkan di tepi jalan yang dilanggarnya penuh
dengan muatan bitumen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.