IPOH: Seorang lelaki parah selepas dikejar dan dipijak gajah di
Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik, petang
Khamis.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, M Paramanazan, 69, patah tangan
kiri, tulang rusuk kiri dan tulang leher selain luka di lengan kanan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Mat Isa, berkata
siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya menaiki lori melalui JRTB
ke arah Gerik.
Katanya, mangsa bersama anaknya kemudian memberhentikan lori di lokasi itu untuk melihat gajah.
"Mangsa kemudian dipercayai dikejar gajah berkenaan sebelum dipijak.
"Anak mangsa yang berada di dalam lori bergegas turun dan kemudian membawa mangsa ke hospital.
"Mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan sebelum dipindahkan ke
Hospital Taiping untuk rawatan susulan," katanya dalam kenyataannya di
sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.