KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS telah meluluskan 90 peratus senarai
calon yang dihantar oleh PAS negeri untuk bertanding pada pilihan raya
umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man.
Tuan Ibrahim berkata setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya dua
atau tiga nama bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Di peringkat parti kita teliti calon-calon tersebut dan kita serahkan
balik kepada negeri masing-masing untuk turunkan calon-calon yang telah
dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di
Pasir Tumboh malam tadi.
Beliau bagaimanapun berkata ada beberapa negeri belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.