SHAH ALAM: ADUN PAS di Selangor akur dengan keputusan yang ditetapkan
oleh Majlis Syura Ulama (MSU) untuk mengekalkan lafaz sumpah bai'ah
kepada semua calon yang bertanding bagi parti itu.
ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman berkatan, keputusan tersebut adalah
wajar bagi mengelakkan mereka mengkhianati parti pada masa akan datang.
"Bila kita ingin pegang sesuatu jawatan sepertu ADIN, perlu ada baiah
atau aku janji untuk elak perkara buruk seperti lompat parti berkalu
apabila menang nanti.
"Perkara lompat parti ini boleh undang kemarahan rakyat dan lafaz
bai'ah ini untuk untuk kebaikan ummah juga," katanya dipetik akhbar
Sinar Harian.
Terdahulu pada Sabtu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik
Muhammad Zawawi Nik Salleh memaklumkan, calon yang bertanding pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bertanding atas tiket PAS perlu
melafazkan bai'ah sebagai tanda janji mereka mentaati segala syarat dan
peraturan yang ditetapkan oleh parti.
Perkembangan terbaru itu memperlihatkan, PAS mahu memastikan calon yang
bertanding mewakili parti itu kekal wala' kepada kepimpinan dan juga
parti itu sekiranya memenangi PRU14 nanti.
Isu lafaz bai'ah PAS yang digunakan untuk mengikat wakil rakyat atau
pemimpin pernah menjadi perdebatan secara terbuka selepas beberapa
pimpinan kanan bertindak keluar parti.
Sementara itu bagi ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, beliau
berkata calon PAS itu sendiri faham dengan risiko yang perlu ditanggung
mereka apabila melafazkan bai'ah.
"Mereka yang lafazkan bai'ah adalah dengan kerelaan diri sendiri dan
dalam al-Quran, Allah melaknat orang yang melanggar bai'ah.
"Bai'ah adalah satu kaedah memastikan calon terpilin melaksanakan amanah," ujarnya pula.
Sebelum ini, MSU PAS ada menyuarakan mahu mempertimbang untuk memansuhkan bai'ah talak tiga bagi calon pada PRU14 akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.