Ahad, 28 Januari 2018

Undi Rosak : Majulah ke depan, jadilah calon bebas!

DETIK DAILY

 
Oleh Kiyai Reformis

Saya rasa ganjil dgn kempen #undirosak ini. Mengapa mereka tidak berkempen #undibebas ? Apakah mereka tidak ada calon2 yang berani? Jadilah calon bebas. Pilih kawasan yang masing2 berkenan.

Lawannn! Jadi calon bebas! Itukan lebih pahlawan. Tidak lempar batu sembunyi tangan.

Setelah mereka memilih untuk menolak mana2 calon PM atau MP samada dari PH atau BN, mengapa mereka tidak mempercayai walaupun diri mereka sendiri? Atau menamakan rakan2 mereka sebagai calon bebas?

Kesimpulannya mudah, jika tidak mampu memilih mudarat paling ringan antara dua calon PH dan BN, untuk apa kalian sembunyi lagi? 

Majulah ke depan. Jadilah calon bebas. Untuk apa marah2 dan malu lagi. Ubahlah zaman dengan keberanian. Menang atau kalah - matilah sebagai pahlawan. #undirosak tidak memberi kemajuan. Itu bengong!

Sudah Mahathir tidak betul, Najib pun tidak betul, siapa yg betul? Buktikan kepada kami, kamulah yg betul. Lawan! Menang kalah cerita lain.

 Betul dalam politik belum tentu menang. Salah belum tentu kalah.

Jika kedua sosok Mahathir dan Najib itu mudharat, jangan sampai kamu menunjukkan kepada awam bahawa diri kamu sendiri itu adalah mudarat yang ke tiga. Justeru tiada keberanian langsung kedepan mencalonkan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.