Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
TULIS Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin di dalam Facebook beliau hari ini: “Semalam,
25 Januari, (Tun) Dr Mahathir berjumpa dan berbincang selama dua jam
dengan diplomat Kesatuan Eropah (European Union) di kediaman Duta EU ke
Malaysia, Maria Castillo Fernández. Hadir adalah 14 Duta dan tiga Charge
de Affairs negara-negara EU. Selain Dr Mahathir, Pakatan Harapan turut
diwakili oleh Mohamad Sabu, (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman, Tan Kok
Wai, Dr Xavier Jayakumar dan (Datuk) Saifuddin Abdullah. Antara perkara
yang dibincangkan termasuklah pemerhatian pilihan raya umum akan datang
oleh EU (atas jemputan kerajaan Malaysia) dan perkembangan tindakan
negara-negara EU tertentu bersabit skandal 1MDB.”
Bagaimanapun, lebih awal mendedahkan mengenai pertemuan ini adalah
Presiden PAN, Mohamad Sabu, yang berbuat demikian ketika menyampaikan
ucapan perasmian Bilik Operasi PH DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas,
Kelantan, semalam. Ucapan Mohamad Sabu ini dilaporkan oleh portal berita
Malaysia Kini hari ini di bawah tajuk “PH Gesa Duta Eropah Tekan Najib” di mana PH dikatakan “menggesa
duta negara-negara Eropah ke Malaysia memberi tekanan kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan melaksanakan pilihan raya
yang adil”.
Tatkala soal PH “menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia
memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar
kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil” adalah satu perkara
yang boleh dipersoalkan kewajarannya, lebih boleh dipersoalkan
kewajarannya lagi ialah tindakan Mohamad Sabu mempolitikkan pertemuan
ini dengan menyebut pertemuan ini kononnya berlangsung kerana diplomat
Kesatuan Eropah “nampak bahawa PRU14 kerajaan akan bertukar tangan”.
Dakwa Mohamad Sabu: “Selalunya mereka akan jumpa presiden parti
atau setiausaha, ini berlainan (secara berasingan). Kenapa duta negara
Eropah tidak bertemu kita melalui satu per satu setiap parti? Sebaliknya
mereka berkumpul sekali dan menjemput kami untuk berdialog. Saya nampak
daripada isyarat itu, mereka nampak bahawa PRU14 kerajaan akan bertukar
tangan.”
Laporan sama turut dibuat oleh portal berita The Malaysian Insight hari ini di bawah tajuk “Diplomat Kesatuan Eropah Terima Kunjungan Pemimpin Pakatan” yang sekali lagi memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: “Kebiasaannya,
duta negara Eropah bertemu dengan kita melalui parti masing-masing.
Biasanya hanya presiden dan setiausaha dijemput. Tetapi kali ini kami
dijemput sebagai PH.
Mungkin ini isyarat mereka nampak yang PRU14 kerajaan di Malaysia akan bertukar tangan.”
Mungkin ini isyarat mereka nampak yang PRU14 kerajaan di Malaysia akan bertukar tangan.”
Pada pendapat saya, cubaan Mohamad Sabu mengheret diplomat Kesatuan
Eropah ke dalam kancah politik dalam negara kita dengan mendakwa
kononnya mereka nampak atau yakin bahawa PH akan memenangi PRU14 adalah
satu perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab dan menampakkan
seolah-olah PH sudah cukup terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.