Rabu, 3 Januari 2018

Polis kesan pisau dalam kes tikam dan gilis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pisau yang digunakan dalam kes pembunuhan kejam di stesen minyak Taman Pelangi di sini pada 17 Disember lalu.
 
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, hasil siasatan terhadap suspek utama kes berkenaan mendapati pisau digunakan untuk menikam mangsa dipercayai dibuang di laluan ke Desaru, Kota Tinggi.
 
“Polis sedang mengenal pasti kawasan suspek membuang pisau dipercayai digunakan untuk menikam mangsa dalam kejadian berkenaan iaitu dalam perjalanan ke Desaru.
 
“Kita akan lakukan siasatan rapi dan dalam tempoh terdekat ini akan kemukakan hasil dan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
 
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa yang menaiki kereta Volkswagen Polo berwarna putih bersama-sama isterinya singgah di stesen minyak berkenaan untuk mengisi angin tayar kereta.
 
Mangsa kemudian diserang sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta BMW putih yanga cuba menariknya masuk ke dalam kereta berkenaan.
 
Dalam pergelutan itu, mangsa ditikam di bahagian dada. 
 
Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian bertindak menggilis mangsa hingga meninggal dunia di tempat kejadian.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.