SEJAK
sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diluluskan di Parlimen,
ekonomi penduduk khususnya di Batu Sapi mula terbeban dengan harga
barang yang semakin meningkat tahun ke tahun.
Pada minggu yang lalu ziarah penerangan dilaksanakan dengan
dihadiri oleh Yang DPertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid dan Naib Yang
DiPertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu bertemu dengan penduduk
bertanyakan pendapat mereka tentang GST.
Rata-rata penduduk meluahkan merasa terbeban dengan sistem GST.
Ramai dalam kalangan penduduk yang ditemui menyatakan kos sara hidup
mereka semakin tinggi sejak GST dilaksanakan.
"Mahu beli bahan mentah pun punya mahal sekarang ini," kata seorang penduduk Kampung Bukit Nenas yang enggan namanya disiarkan.
Bukan itu sahaja, sejak GST mula dilaksanakan menjadi satu faktor
keperitan dan kesempitan hidup rakyat Batu Sapi ketika membeli belanja
harian.
Hal ini kerana semenjak GST diluluskan, harga-harga barang semakin meningkat daripada harga-harga biasa.
Perkara ini jelas membuktikan kepada kita bahawa GST yang dikatakan
oleh kerajaan sebagai cukai menyenangkan adalah satu perkara tidak
benar.
Buktinya ramai peniaga termasuklah juga pembeli mengeluh dengan pelaksanaan GST yang sangat membebankan.
Selain itu, rata-rata penduduk yang ditemui inginkan membuat perubahan pada PRU14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ini menjadi satu suntikan semangat buat PAS untuk terus melangkah
menawan hati rakyat agar PAS mampu mendapat mandat dalam PRU14 di
Parlimen Batu Sapi kali ini.
"PAS juga berharap agar rakyat jangan mudah terpancing dengan umpan
yang diberikan oleh BN kerana setiap undi daripada rakyat adalah
penentu kepada masa depan Batu Sapi.
"PAS juga berharap sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat nanti PAS
akan memberikan khidmat sepenuh terhadap keinginan dan kehendak rakyat
Batu Sapi," kata Sahar lagi. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.