PADA hari ini Parti Islam se-Malaysia (PAS) negeri Kedah, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Kedah dan beberapa NGO mengambil inisiatif mengadakan majlis taaruf bertujuan mengembangkan blok Gagasan Sejahtera ke negeri Kedah.
Hasrat penubuhan blok ini adalah untuk memberi ruang kepada rakyat berpatisipasi secara matang dalam menggerakkan demokrasi ke arah lebih sejahtera sesuai dengan variasi tuntutan yang diperjuangkan.
Pembentukan Gagasan Sejahtera memperlihatkan koalisi blok yang menggabungkan parti-parti politik tanahair seperti PAS, Parti IKATAN dan Parti BERJASA, NGO misalnya MAPIM, Kongres Rakyat serta lain pertubuhan yang bercita-cita mewujudkan masyarakat dan negara yang sejahtera.
Rakyat seharusnya diberikan peluang memilih parti politik yang diyakini dapat memelihara mereka dengan penuh keadilan, kesejahteraan dan harmoni, seterusnya membangunkan negeri dan negara berteraskan prinsip-prinsip Islam.
Bagi merialisasikan tujuan ini, maka dimaklumkan satu program pelancaran Blok Gagasan Sejahtera yang akan berlansung pada 25 Februari 2018 bertempat di Kompleks PAS Kedah. Oleh itu, seluruh rakyat Kedah dijemput hadir ke majlis bersejarah tersebut.HARAKAHDAILY
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pengerusi Gagasan Sejahtera Kedah
DR SAMARUDIN MD REJAB
Timb. Pengerusi Gagasan Sejahtera Kedah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.