KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan terkejut dengan berita kenaikan harga baharu tambang feri ke Langkawi.
Beliau dikatakan mengarahkan Setiausaha Sulitnya, Datuk Armishah Siraj dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad menyelesaikan segera perkara itu dengan pengusaha feri.
MalaysiaGazette difahamkan, Ahmad Bashah dan kerajaan negeri Kedah tidak tahu menahu dengan kenaikan tambang baharu itu yang membebankan orang ramai.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan, harga baharu tambang feri ke Langkawi dinaikkan RM3 bagi pembelian tiket di kaunter bermula hari ini.
Tambang tambahan itu adalah bagi perjalanan sehala sama ada dari jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis, manakala pembeli tiket dalam talian tidak dikenakan caj itu.
Kenaikan itu mendapat bantahan orang ramai yang menyifatkan kadar tambahan itu terlalu tinggi dan naik secara mendadak. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.