KUALA LUMPUR – Dua parti berteraskan kaum Cina dalam Barisan
Nasional (BN), MCA dan Gerakan hari ini berikrar bekerjasama rapat dalam
menghadapi PRU-14 kelak.
Menurut Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng, kerjasama itu termasuk memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN.
“Gerakan ada 13 DUN di Pulau Pinang dan empat kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Di Semenanjung, Pulau Pinang adalah misi utama kita, jadi kita mahu bekerjasama dengan MCA yang mana merupakan parti Cina terbesar.
“Kami ingin beritahu rakyat bahawa di Sarawak, rakyat sudah bangkit dan tidak di Semenanjung. Himpunan ini akan sampaikan apa yang telah dicapai oleh kedua-dua parti selama ini,” katanya dalam sidang media bersama di ibu pejabat MCA hari ini.
Bagi Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, kerjasama rapat itu bagi memastikan jentera parti digerakkan sepenuhnya pada PRU-14 kelak dalam mengetengahkan calon daripada kedua-dua parti bagi menghadapi pembangkang khususnya DAP.
“Gerakan ada kerusi dan boleh dimobilisasikan oleh MCA untuk kekalkan kerusi berkenaan dan bantu calon Gerakan supaya jentera akan digerakan di akar umbi dan MCA pun akan buat begitu.
“Saya rasa kerjasama ini patut diteruskan dan bukan setakat ini sahaja kerana kedua-dua parti adalah parti komponen dalam BN. Saya harap dengan adanya kerjasama ini akan terus rapat dan situasi menang-menang kepada kedua-dua parti,” jelas Ka Chuan dalam sidang media sama.
Dalam pada itu, Ka Chuan turut berkata, perhimpunan itu bukan sahaja dilihat strategi untuk BN menang secara keseluruhannya tetapi adalah untuk masa depan dan kepentingan masyarakat Cina.
“Matlamat kami bukan hanya untuk menyatukan orang Cina tetapi untuk menyatukan rakyat.
“Sebagai titik permulaan, MCA dan Gerakan bersedia sebagai contoh kerjasama MCA Gerakan Teguh Bersama. Bersama kita kerjasama terhadap pembangunan dan pembangunan negara, dan untuk menahan emosi negatif yang melampau dan ekstremisme,” katanya.
Permulaan kearah itu, satu perhimpunan antara kedua-dua parti yang diberi nama ‘Perhimpunan MCA GERAKAN Teguh Bersama’ bakal diadakan di ibu pejabat MCA.
Ia bagi merencanakan langkah dan peluang untuk menunjukkan dan mempertahankan kepelbagaian negara serta menegakkan pentadbiran kerajaan dan amalan kesederhanaan dalam politik.
Himpunan pada Sabtu ini akan dihadiri kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi MCA dan Datuk Seri Mah Siew Keong bagi Gerakan.
Dianggarkan lebih 2,000 ahli daripada kedua-dua parti akan hadir dalam himpunan itu. -MalaysiaGazette.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.