Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.
Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.
“Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.
“Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.
“Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR,” dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.