TELOK KEMANG: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
mengesahkan beliau tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar
berhubung kes penipuan urusan pertukaran tanah milik Felda bernilai
RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, tindakan tu bagi mengelak timbulnya sebarang salah faham mengenai isu kontroversi berkenaan.
"Tidak ada (sidang akhbar). Kalau nak cari gaduh, bolehlah. Kita bukan
nak cari gaduh," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian
Program Kembali ke Sekolah Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dekat sini, hari
ini.
Ketika ditanya adakah beliau sudah dipanggil polis bagi membantu
siasatan kes berkenaan, Isa memaklumkan, setakat ini beliau masih belum
dihubungi pihak terbabit, menurut laporan Utusan Malaysia.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
berkata, Mohd. Isa akan dipanggil selepas pihaknya meneliti setiap
dokumen berkaitan dan merekodkan keterangan daripada pengadu kes
tersebut dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.