Isnin, 25 Disember 2017

Rakyat sudah 'celik' siapa sebenarnya DAP dan PH, kata Mursyidul Am PAS

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yakin rakyat sudah 'celik' dengan strategi DAP mendominasi Pakatan Harapan (PH) sebelum meluaskan kuasanya jika berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya sekiranya gagasan itu menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Justeru Hashim berkata apa yang diidamkan DAP sukar untuk dilaksanakan malah rakyat akan berfikir semasaknya sebelum memangkah PH pada pilihan raya akan datang.
 
"Bagi saya rakyat sudah mula sedar hala tuju DAP dan rakyat sudah mula faham.
 
"Jadi bagi saya parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan hari ini dah mula tahu hala tuju DAP dan siapa di belakang mereka," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
 
Beberapa pemerhati politik sebelum ini berkata tindak tanduk pemimpin DAP yang membuat pengumuman demi pengumuman tanpa berbincang dengan parti komponennya dalam PH hanya menunjukkan 'kuasa' parti itu berbanding PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Terdahulu, Penasihat DAP Lim Kit Siang, menamakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri PH dikala pemimpin parti komponen yang lain berkata perkara itu masih dalam perbincangan.
 
Malah anaknya, Lim Guan Eng pula dalam sidang medianya mengumumkan nama calon perdana menteri dan timbalannya akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan 7 Januari depan.
 
Pengumuman sepenting itu dibuat tanpa kehadiran mana-mana pimpinan kanan PH.
 
Justeru ujar Hashim, rakyat tidak akan terpedaya dan akan memberikan 'pukulan maut' kepada DAP serta PH pada PRU akan datang.
 
"Maka kerana itu saya rasa pilihan raya yang akan datang akan memberi pukulan maut kepada DAP kerana kesedaran rakyat itu sendiri," katanya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.