Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan 'tiada nilai
berita' disebalik pengumuman Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
untuk keluar parti itu.
"Tak ada komen apa berkenaan dia, pada saya tak ada nilai berita
(tentang) apa yang dia hendak buat," katanya ringkas kepada pemberita,
hari ini.
Terdahulu, Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS berkuat kuasa 11.59 malam ini.
Menerusi siaran langsung di Facebook Amanah negeri Kedah, Mahfuz
bagaimanapun tidak memutuskan lagi parti manakah yang baka disertainya
selepas ini.
Sebelum keluar dari parti, Mahfuz sebelum ini dilihat mesra dengan
bekas pimpinan PAS yang telah menyertai Amanah, sejak tahun 2015.
Meskipun masih di dalam parti, Mahfuz sering mengeluarkan kenyataan
yang tidak sehaluan dengan pimpinan PAS, termasuk menyerang presidennya,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas Ketua Penerangan PAS itu juga sering menyertai program Pakatan Harapan (PH).
Tindakan Mahfuz itu menyebabkan beliau digelar 'harum manis' yang
merujuk kepada buah mangga yang hijau di luar, oren di dalamnya.
Hadi, ketika di sidang media Kempen Penambahan Ahli PAS 'Pilihanku
2.0' hari ini sebelum pengumuman yang dibuat Mahfuz, sekadar meminta
pemberita bertanyakan kepada ahli PAS Kawasan Pokok Sena berhubung
tindakan Mahfuz.
"Saya minta supaya kawasan Pokok Sena menjawab," katanya ringkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.