shahbudindotcom
Di
sebalik Felda sudah kehilangan hak milik tanahnya di Jalan Semarak
kepada sebuah syarikat swasta secara percuma gara-gara diberikan "surat
kuasa penuh" oleh agensi tersebut, dua persoalan kini menjadi
tanda-tanya ramai.
Pertama,
siapakah yang mahukan "surat kuasa penuh" itu diberikan atau
mengarahkannya dan siapa pula yang menandatangani surat tersebut?
Pelbagai
khabar berlegar mengenainya, antaranya mengatakan ia adalah dengan
kehendak Pengerusi Felda ketika iaitu Isa Samad dan diluluskan oleh
Lembaga Pengarah dengan tujuan agar syarikat yang memajukan Kuala Lumpur
Vertical City itu tidak menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman
dengan mencagarkan tanah yang sedang dimajukan itu kepada bank.
Dalam
hal ini, difahamkan "surat kuasa penuh" itu ditandatangani oleh
seseorang yang penting dalam Felda ketika itu di mana individu berkenaan
juga ada terbabit dalam satu kes lain di mahkamah sekarang ini.
Soalnya, adakah tanah ini sudah dicagarkan kepada mana-mana bank atau belum?
Jika
sudah dicagarkan, mungkin ada beberapa kesukaran untuk Felda
mendapatkan semula tanah itu berbanding sekiranya ia belum dicagarkan
lagi.
Kedua, siapakah pemilik syarikat tersebut?
Meksipun
di media sosial nama individu yang didakwa pemilik syarikat tersebut
sudah tersebar luas, pertanyaan lain ialah sama ada beliau kawan kepada
Isa Samad atau kenalan Najib Razak?
Ramai
yang memperkatakan beliau adalah kawan Isa Samad dan dikatakan kerana
hubungannya yang rapat dengan bekas Pengerusi Felda itulah beliau
berjaya mendapatkan kontrak membangunkan Kuala Lumpur Vertical City itu.
Namun, jangan kita lupa bahawa Felda adalah adalah dibawah pengawasan Najib sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
Oleh
itu, tidak mustahil untuk mana-mana syarikat mendapatkan sebarang
kontrak besar daripada Felda, mereka bukan saja perlu rapat dengan Isa,
tetapi juga harus mempunyai hubungan yang baik dengan Najib.
Tentunya lebih afdal jika baik dan rapat dengan kedua-duanya sekali.
Dalam
hal ini, meskipun lebih ramai yang mengatakan individu berkenaan adalah
kawan baik Isa, tetapi sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh sebuah
portal berita, individu terbabit pada 2016 pernah memandu sendiri
keretanya ke Pekan untuk menyerahkan wang zakat sebanyak RM100 ribu
kepada Najib.
Kalau tidak cukup rapat, bolehkah seseorang menyerahkan wang kepada Perdana Menteri?
Berita
itu dengan sendirinya mengesahkan bahawa beliau, selain rapat dengan
Isa, dalam waktu yang sama juga adalah kenalan dan baik dengan Najib.
Persoalannya,
apakah peranan serta penglibatan Najib, bukan saja dalam pemilihan
syarikat individu berkenaan sebagai kontraktor untuk memajukan Kuala
Lumpur Vertical City, tetapi juga berkaitan pengeluaran "surat kuasa
penuh" itu?
Atau
mungkinkah segala-segalanya dilakukan oleh orang-orang tertentu di
Felda sahaja tanpa diberitahu dan dimaklumkan kepada Perdana Menteri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.