ISKANDAR PUTERI: Selepas ADUN Senai dari DAP, Wong Shu Qi diarah
meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu, kali ini seorang
lagi wakil rakyat parti itu menerima nasib yang sama.
ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin diarahkan meninggalkan dewan selepas
mengingkari Speaker, Tan Sri Mohamad Aziz yang mengarahkannya duduk
beberapa kali.
Ia bermula apabila Tan meminta jawapan daripada Menteri Besar Johor,
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai bajet untuk projek bekalan air
ketika sesi perbahasan peruntukan pembangunan negeri di peringkat
jawatankuasa.
Bagaimanapun Khaled menjelaskan soalannya sudah pernah dijawab sebelum ini, dan beliau enggan mengulangi jawapan sama.
Tan kemudian tetap mendesak dan menegaskan bahawa soalannya mengenai
peruntukan RM15 juta untuk semua projek bekalan air di negeri itu untuk
tahun depan, seperti diumumkan Khaled, tidak dijawab sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.