KOTA BELUD: Daerah ini sekali lagi dilanda banjir apabila jalan-jalan
utamanya mula dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda, sekali gus
menjejaskan penduduk di 12 buah kampung.
Menurut kenyataan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sungai Abai
dan Tempasuk masing-masing mencatatkan paras bahaya dan amaran iaitu
5.54 meter dan 4.96 meter pada pukul 8.30 pagi ini.
Kawasan yang terjejas ialah Kampung Donggoi, Marajah, Gunding,
Sadok-Sadok, Lingkodon, Linau. Lebak Moyoh, Bobot, Ejuk, Menunggui,
Song-Song dan Karang Benai.
“Jalan raya di Kampung Linai dan Menunggui tidak boleh dilalui oleh
kenderaan rendah manakala laluan di Kampung Bobot hanya dibuka satu
lorong sahaja.
“Sementara itu, semua jenis kenderaan masih boleh melalui di Jalan
Siasai Tamu, Kampung Kota Belud dan Lebak Engad,” kata APM dipetik BH
Online.
Katanya, APM juga telah menghantar pasukan gerakan penyelamat bagi melakukan pemantauan di lokasi berisiko banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.