PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk
Dr Shahruddin Md Salleh hari ini memberi keterangan hampir 3 jam di
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Beliau yang memberi keterangan sejak 10.00 pagi berkata kehadirannya di
ibu pejabat JPPM itu adalah untuk memberi keterangan susulan beberapa
laporan dibuat kepada RoS berhubung dakwaan pimpinan tertinggi gagal
mematuhi perlembagaan parti.
Lapan bahagian PPBM Johor membuat laporan kepada RoS berhubung perkara
itu, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM
mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
“Saya memberi kerjasama penuh dengan mengemukakan bukti dan keterangan
berdasarkan kepada perlembagaan PPBM. Saya menjelaskan kenapa sesuatu
tindakan dan keputusan diambil,” katanya kepada pemberita selepas
selesai memberi keterangan.
Berhubung sayap pemuda PPBM, Shahruddin berkata Ketua Armada PPBM Syed
Saddiq Abdul Rahman akan hadir memberi keterangan kepada RoS dalam masa
terdekat.
Minggu lepas, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata Armada tidak
ada dalam perlembagaan parti itu, justeru penggunaan istilah yang tiada
dalam perlembangaan parti boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah
pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.