Rabu, 15 November 2017

'Kita berkampung di parlimen jika minyak naik hari ini'


Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mengajak orang ramai berkampung di parlimen jika harga minyak naik lagi hari ini.

“Pemuda menyuarakan amaran agar harga bahan api untuk minggu ini diturunkan, sekurang-kurangnya sebanyak 7sen.

“Jika sekali lagi ia naik hingga mencatatkan rekod tertinggi, dengan penuh takzim, kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun di depan Parlimen Malaysia.

“Kita berkampung hingga perdana menteri setuju untuk harga minyak turun dan stabil,” kata naib ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 7sen dan RON97 naik 6sen kepada RM2.31 dan RM2.60 seliter, sekali gus mencecah paras tertinggi sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal pada 20 April lalu.

Sebarang kenaikan baru hari ini akan mencatat rekod baru harga tertinggi.

Harga minyak diumumkan setiap Rabu.

Dalam kenyataannya hari ini, Shazni berkata, kerajaan sekarang telah sampai ke tahap “tuli dan gila terhadap keresahan rakyat”.

Malah, katanya, ia seakan-akan menjadi “hiburan yang mengasyikkan buat penyangak-penyangak di bidai kuasa”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.