MALAYSIAKINI
Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan hukuman penjara terhadap
seorang kerabat diraja Johor dari empat tahun kepada dua tahun kerana
mencederakan petinju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron lima tahun lalu.
Bagaimanapun, barisan hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh mengekalkan denda RM10,000 yang diperintahkan untuk dibayar kepada Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 32.
Dengan itu, hukuman penjara Tunku Nick Tazuddin berkuatkusa hari ini. Kes itu sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Hakim Mahkamah Rayuan yang lain ialah Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam.
Ketika mengumumkan keputusan itu, Zawawi berpendapat bahawa hakim Mahkamah Sesyen adalah betul dalam memutuskan tertuduh bersalah atas tuduhan tersebut tetapi mengatakan terdapat unsur provokasi.
Justeru itu, hakim berkata, hukuman penjara selama empat tahun adalah tidak sesuai.
"Kami membenarkan rayuan untuk mengetepikan penjara empat tahun dan menggantikannya dengan penjara dua tahun dan untuk dia membayar denda RM10,000," katanya.
Timbalan Pendakwaraya, Kwan Li Sa mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Mohd Daud Ismail mewakili Tunku Nick Tazuddin.
Pada 28 Jun 2013, Mahkamah Sesyen Johor Bharu mendapati Tunku Nick Tazuddin bersalah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan di No 44, Jalan Molek 3/2, Taman Molek, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.
Individu yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 325 boleh dipenjarakan selama maksimum tujuh tahun.
Tunku Nick dikatakan tinggal di Istana Bukit Kesayahan di Johor Bahru.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.