Kementerian
Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang wartawan wanita warganegara
Malaysia ditahan pihak berkuasa Myanmar pada Jumaat kerana dikatakan
melakukan penggambaran video menggunakan dron di Bangunan Hluttaw di Nay
Pyi Taw tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Menurut kenyataan kementerian itu semalam, Mok Choy Lin (Gambar kanan), yang bekerja dengan Turkish Radio and Television (TRT), ditahan bersama-sama dengan seorang warganegara Singapura (gambar kiri) dan seorang rakyat tempatan di negara itu.
Mereka kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Myanmar.
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon sedang memantau perkembangan kes itu dan akan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.
Satu portal berita hari ini melaporkan bahawa pihak berkuasa Myanmar menahan dua wartawan masing-masing dari Malaysia dan Singapura kerana menggunakan dron untuk merakam gambar.
Menurut laporan itu, Kementerian Penerangan Myanmar memaklumkan bahawa kedua-dua wartawan itu mahu merakam gambar bangunan Parlimen dan pagoda di Nay Pyi Taw apabila pengawal keselamatan mengesan perbuatan mereka

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.