KOTA KINABALU: Kediaman Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal hari
ini digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas
dibawa keluar dari hospital pada jam 3 petang tadi.
Perkara itu disahkan peguamnya, Norazmi Minhat.
Shafie dibawa keluar dari Hospital Queen Elizabeth II dan diiring ke
kediamannya di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu untuk diperiksa oleh
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas menteri itu juga akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk disambung soal siasat.
“Dia keluar (hospital) dalam jam tiga tadi, dan dibawa ke rumahnya untuk digeledah dan diperiksa.
"Selepas itu dia akan dibawa ke lokap SPRM di Mini Putrajaya,” kata Norazmi memetik The Malaysian Insight
Shafie direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan
berhubung projek pembangunan RM1.5 bilion yang pernah dikendalikan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Shafie bagaimanapun ditahan di hospital atas kebenaran kerana masih
menjalani rawatan akibat tekanan darah tinggi, sejak ditangkap oleh SPRM
pada Khamis malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.