SHAH ALAM: Seorang pemandu sebuah kereta mewah jenis Porsche 944
terselamat selepas kereta itu terbakar di Jalan Padu Mutiara Kemuning,
Seksyen 25, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata
kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu disedari oleh pemandu kereta
berkenaan yang berasakan kuasa keretanya berkurangan dan terlihat asap
dari arah enjin.
"Pemandu yang berusia 44 tahun terus menghentikan keretanya di tepi jalan dan menghubungi bomba pada jam 7.40 pagi.
"Lapan anggota dari Balai Bomba Shah Alam dikerahkan ke lokasi
kejadian. Sejurus tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis
Porsche model 944 sedang terbakar dan operasi memadam api mengambil masa
selama 20 minit," katanya ketika dihubungi.
Mohd Sani berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.