Ahad, 1 Oktober 2017

PAS ada kekuatan sendiri hadapi PRU14, kata Hadi

DEIK DAILY

 
 
KUALA NERUS: Tindakan rakan pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang memutuskan hubungan dengan PAS tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap parti Islam itu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS mempunyai sebanyak 7,000 cawangan di 195 kawasan di seluruh negara dan sentiasa berdiri dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana parti lain.

“Kehadiran hampir 200,000 penyokong PAS di Himpunan Fastaqim 2.0 di Tok Jembal di sini (misalnya) mencerminkan sokongan padu anggota dan kekuatan parti dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

“Penganjuran Fastaqim 1.0 di Kota Bharu, Kelantan pada 2 tahun lalu turut mencatat kehadiran penyokong yang sama dan ketika itu kita masih bersama Pakatan Rakyat.

“Bila (pakatan) dibatalkan, kita tak ada masalah, kita ada kekuatan kita sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pertubuhan bukan kerajaan di sini malam tadi. 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.