KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini
mengumumkan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya sebagai kawasan baharu
wabak Rabies atau penyakit anjing gila.
Sekretariat JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini, berkata, perkara
tersebut diputuskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri
Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, merangkap
pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
"Memandangkan kampung ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan
yang telah diisytihar wabak Rabies, maka kampung ini merupakan kawasan
ke-26 wabak tersebut," kata kenyataan itu.
Sekretariat itu berkata, setakat ini, 265 daripada 266 keputusan sampel
telah diterima daripada Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh.
Kenyataan itu menyebut sampel tersebut terdiri daripada 243 sampel
anjing, 21 sampel kucing dan satu sampel kelawar. Daripada 265 keputusan
kes, 53 atau 20 peratus terdiri daripada 47 sampel anjing dan enam
sampel kucing yang telah disahkan positif virus Rabies.
"Empat daripada lima keputusan sampel anjing dilaporkan positif virus
Rabies melalui ujian 'Direct Fluorescent Antibody'. Kes positif dari
Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, Kota Samarahan; Batu Kawa Old
Bazaar, Kuching; Institut Memandu Cangiran Sdn Bhd, Matang, Kuching dan
No. 8, Lorong 2H-2A Taman Malihah, Matang, Kuching.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.