roslansms@gmail.com
Samada
ianya suatu bacaan politik yang jujur, tepat dan realisitik atau
sekadar satu permainan yang cuba melonjakkan DAP sebagai sebuah parti
keramat yang bakal dipeluk dan didokong semua rakyat Melayu, Cina dan
India bolehlah diperbahaskan.
Apa
pun dalam suasana politik yang tidak menentu dewasa ini, ditambah
keadaan ekonomi yang kelam dengan pelbagai skandal, ketempangan dan
kepincangan pentadbiran, ternyata seorang pemain politik seumpama Kit
Siang pasti bijak memanipulasi keadaan untuk menjuruskan rakyat agar
yakin padanya dan akhirnya memberikan laba besar pada beliau dan
partinya.
Berjayakah
usaha beliau mencorak sentimen rakyat sehingga condong ke arah nafsu
dan agenda politiknya atau akhirnya beliau akan kecundang, bersara
menggigit jari, hanya rakyat yang dapat menentukan.
Kit
Siang dengan penuh yakin melontarkan formula 10 dan 5 yang menurut
beliau akan meletakkan Pakatan Harapan menguasai tiga negeri baru iaitu
Perak, Negeri Sembilan dan Johor selain mempertahankan kemenangan di
Pulau Pinang dan Selangor dengan lebih besar dan selesa.
Formula
inilah juga menurut beliau akan meletakkan PH sebagai kerajaan baru
Persekutuan, menumbangkan BN apabila PH nanti menang 113 kerusi Parlimen
sedangkan BN 109.
Menurut
beliau formula ini bukan hanya akan menggagalkan Umno BN di peringkat
Persekutuan dan beberapa negeri berkenaan malah PAS dakwa beliau,
melalui formula ini juga akan sekadar mampu meraih 10 peratus undi
Melayu dan merupakan satu-satu parti yang bakal kalah paling teruk.
Apa dia formula 10 dan 5 itu?
Formula
berkenaan menurut Kit Siang adalah peratusan kecenderungan sokongan
dari BN ke PH iaitu 10 peratus pengundi Melayu kali ini akan berpindah
lari memihak ke PH dan PH akan mengaut tambahan 5 peratus lagi undi
bukan Melayu yang pada PRU lalu memang telah condong pada mereka.
Dengan
lonjakkan pertambahan 10 peratus undi Melayu dan 5 peratus bukan Melayu
ini, PH sudah berkuasa di peringkat Persekutuan dan sebahagian besar
negeri-negeri dan sudah pasti Kit Siang nanti akan berkuasa mencaturkan
agendanya, bila BN dan PAS sudah dilemah dan dimatikan.
Ini
bermakna Kit Siang mengakui dalam PRU ke 14 nanti akan berlaku satu
gelombang besar yang diberi nama “Tsunami Melayu” cumanya beliau dengan
licik cuba membayang dan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa gelombang itu
nanti kononnya akan berpihak ke parti dan kumpulannya.
10 peratus undi protes Melayu dalam PRU ke 14 nanti bakal merobohkan kerajaan persekutuan yang ada dan melenyapkan PAS.
Bagi
saya terbitnya ramalan Kit Siang ini, samada berasas atau sekadar
propaganda politik, adalah merupakan sesuatu yang sangat baik dan harus
diambil kira sebagai pengajaran dan iktibar oleh semua rakyat Malaysia
khususnya umat Melayu dan Islam.
Betapa
sesunggunya kedudukan nasib dan masa depan politik Melayu Islam dalam
rencam demokrasi berpilihanraya di Malaysia hari ini sangat rapuh dan
boleh sahaja sendeng dan rebah kiranya kita tidak berhati-hati dan mudah
terpengaruh serta terpesona dengan agenda politik yang sejujurnya bakal
menghakis kuasa dan dominasi politik Melayu Islam di tanahair.
Jika
PH dan Kit Siang dapat merangkul formula 10 dan 5 ini, PH akan menang
113 kerusi dan berkuasa di peringkat Persekutuan. Ketika itu DAP sudah
pasti menang sekurang-kurangnya 50 dari 113 kerusi Parlimen yang disebut
Kit Siang itu dengan selebihnya barangkali dimenangi PKR, Bersatu, Pan
yang tidak semestinya semua diwakili wakil Melayu Islam.
Maka
jadilah DAP parti paling dominan di Putrajaya, juga dominan di Pulau
Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor, dapatkah kita
bayangkan keadaan itu jika dibiarkan berlaku?
DAP
hari ini memusuhi dan sangat membenci PAS lantaran perjuangannya untuk
menobat dan memartabatkan Islam di tanahair. DAP mahukan Malaysia yang
adil dan seimbang buat semua, “Malaysian Malaysia” suatu slogan yang
pernah dihidupkan oleh PAP dahulu sebelum Singapura keluar dari
Malaysia. Ini bermakna segalanya nanti akan ditentukan oleh kriteria
meritokrasi, tiada lagi atau mungkin mengecutlah hak istimewa yang
dipertahankan selama ini.
Apalah
nasib umat Melayu Islam yang merupakan penduduk majoriti dalam negara,
kebajikan, amalan, anutan dan adat istiadat serta budaya kita bagaimana
dalam regim baru yang pro liberalisma itu?
Benar
dalam keadaan yang kalut dan tidak menentu hari ini kita wajib bangkit
membawa dan membuat perubahan. Malaysia yang aman dan makmur ini jangan
dibairkan diursukan oleh mereka yang punya agenda peribadi, tidak jujur
dan kotor.
Apa
yang perlu adalah perubahan sistem. Malaysia yang bertuah ini perlu
dipulihkan dan tiada satu sistem yang menjanjikan kesudahan yang
bermakna dan meyakinkan, dengan kesejahteraan dan keadilan buat semua
kecuali kita kembali dan mengangkat sistem Islam yang dijamin oleh Allah
dan Rasul Nya. Bukannya ganti kleptokrat dengan kleptokrat lain.
Formula
10 dan 5 Kit Siang jika dibenarkan berlaku hanya akan mencetuskan
peralihan yang membawa ketegangan dan menggugat kestabilan. Ia makin
menimbulkan lebih banyak keraguan dan ketidakpuasan hati yang hanya
merugikan semua dan mengancam kestabilan yang ada.
Kerana
itu PAS boleh bersetuju bahawa PRU ke 14 nanti akan mencetuskan Tsunami
Melayu, kerana sesungguhya bangsa Melayu yang majoriti itulah yang
paling banyak terkesan dan menderita hasil dari suasana politik dan
ekonomi semasa.
Namun
demikian PAS yakin orang Melayu dalam keadaan sedemikian tidak akan
“membakar kelambu”, sebaliknya akan tunduk dan akur serta bakal lebih
terpengaruh dengan akidah dan pegangan agama masing-masing. Aset paling
besar pada setiap individu Melayu Islam rata-rata adalah akidah dan
kepercayaan mereka. Lantas tsunami yang akan tercetus adalah “Tsunami
Islam”.
PAS
bangkit menyedarkan kelompok majoriti ini bahawa nasib dan masadepan
umat Melayu malah seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama dan
budaya adalah sesungguhnya terjamin kiranya mereka dipandu oleh Islam,
bukannya agenda peribadi atau nafsu politik mana-mana individu dan
kelompok tambah-tambah lagi rencana DAP.
Malaysia
yang aman dan makmur ini akan lebih sejahtera dan kekal stabil kiranya
yang diberi amanah memimpin rakyat dan negara dengan taat dan tunduk
pada Allah swt bukannya sesama manusia apalagi pada mereka yang mahu
mencabar dan merobah panduan sebenar Islam.
Ini
masanya untuk merobah sistem ke arah kebaikan bukannya mencuba-cuba dan
menguji sesuatu yang hanya akan merugikan nasib dan masa depan ummah.
roslansms@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.