SHAH ALAM: Menang atau kalahnya PAS dalam saingan tiga penjuru pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti adalah ketentuan Allah bukan
manusia, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd
Rani.
"Insya-Allah kita yakin dengan kuasa Allah.
"Allahlah yang menentukan keputusan bukannya manusia yang menentukan keputusan," katanya kepada Antarapos.
Justeru beliau menambah tanpa mengira sama ada PAS akan berdepan
pertandingan tiga penjuru atau lebih jentera pilihan raya parti itu
sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
"Jadi Bagi kita datanglah 10 penjuru sekalipun kita tetap letak keyakinan kita kepada Allah.
"Yang membuka dan menutup hati manusia ialah Allah bukannya manusia yang membuka dan menutup hati manusia," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Dusuki yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah
Dakwah PAS Pusat berkata jenteta serta pimpinan semua peringkat akan
mematuhi arahan pucuk tertinggi parti berhuhungan perkara itu.
"Jadi sekarang ini kita ikut arahan pimpinan, kalau pimpinan kata lawan maka kita lawan.
"Kalau pimpinan kata jangan lawan, jadi kita tak perlu lawan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.