SEPANG: Polis menahan seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal
Valentino Mesa yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis
Pinggiran USJ, awal pagi semalam.
lelaki berusia 35 tahun itu ditahan ketika berada dalam pesawat yang
bersedia untuk berlepas ke Sibu, Sarawak dari Kuala Lumpur, kira-kira
jam 7.40 malam tadi, lapor akhbar Berita Harian.
Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata lelaki yang berasal dari
Sarawak itu terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang untuk
diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor Mazlan Mansor berkata mayat Valentino, 29, yang
berasal dari Sarawak ditemui oleh anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang
balik ke balai selepas membuat rondaan, dalam keadaan tertiarap dengan
lampu ditutup kira-kira 3.25 pagi tadi.
Mazlan berkata mangsa yang berkhidmat dengan PDRM sejak tujuh tahun lalu sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak.
Siasatan awal mendapati kira-kira 2.40 pagi tadi, saksi awam yang
berada di kawasan berdekatan terdengar bunyi letupan namun menyangka ia
bunyi mercun sambutan malam kemerdekaan.
Beliau berkata siasatan mendapati pistol mangsa hilang dipercayai dilarikan pelaku jenayah.
Mayat Valentino juga diterbangkan ke Lapangan Terbang Sibu menggunakan
pesawat Malaysia Airlines pada 7.45 malam tadi sebelum dibawa ke
kampungnya di Lubuk Besar, Sarikei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.