Sangat mengagumkan dimana Datuk Seri Azmin Ali berjaya menjamin pelaburan sebanyak USD 10 billion hasil lawatan ke China dan India kelmarin.
Jumlah pelaburan ini adalah yang tertinggi berjaya dicapai oleh sebuah kerajaan negeri dalam negara ini. Hanya Penang saja yang berjaya membawa balik nilai pelaburan pada jumlah yang hampir sama.
Kejayaan ini mampu dicapai hasil keyakinan pelabur di dua negara terbabit terhadap pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor. Setelah melihat rekod-rekod dan prestasi kewangan yang dibawa Azmin, pelabur dari dua negara terbabit tidak teragak-agak untuk membawa masuk wang mereka ke negeri tersebut.
Pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan negeri untuk pelaburan asing juga menjadi antara sebab kenapa jumlah besar ini dapat dicapai.
Dijangka, lebih 1 juta peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan hasil dari pelaburan yang dibawa balik Azmin dan ini sudah tentu menggembirakan rakyat Selangor dan juga rakyat dari negeri lain yang berhijrah ke negeri tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.